Monday, 17 October 2011

Penyalahgunaan Dadah


Apa itu dadah ?






        Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang sangat serius. Ia kini dipandang serius kerana dadah banyak melibatkan muda mudi zaman sekarang. Masalah dadah merangkumi skop yang sangat meluas, sekali gus memberikan masalah dan kesan kepada manusia dan juga kerajaan di seluruh dunia. Terdapat bahaya yang amat mendalam wujud akibat 
penyalahgunaan dadah yang juga perlu diambilkira secara serius.

      Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan meningkatnya kadar jenayah dalam masyarakat. Penyalahgunaan dadah secara majoritinya melibatkan diri dalam jenayah berat (serius). Mereka ini terlalu terdesak untuk mendapatkan dadah, dan dikuasai dadah lalu sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh dan mencederakan orang lain.

contoh gambar

akibat terdesak mendapatkan wang, penagih dadah sanggup membakar rumah kedua ibu bapa mereka kerana hilang pertimbangan dan tidak mampu berfikir secara waras.

contoh gambar

mangsa di cedera kan oleh penagih dadah kerana tidak mahu memenuhi permintaan suspek yang mahu kan wang untuk membeli dadah


         Selain itu, ketagihan ke atas dadah boleh membawa kepada masalah mental, mengakibatkan penagih hilang keseimbangan dan keupayaan untuk berfikir secara normal. Ini terbukti apabila terdapat peningkatan pesakit-pesakit mental di hospital mahupun di jalanan akibat dadah.



Ia bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara. Malah masa depan sesebuah negara juga terjejas apabila ramai kalangan muda mudi yang bakal menerajui sesebuah negara itu terlibat dengan dadah. Gejala yang melibatkan dan menghasilkan wang yang banyak ini menarik minat golongan muda zaman sekarang untuk terjebak dalam aktiviti kurang sihat ini. Aktiviti penjualan kokain dan heroin ini, dilihat sebagai sebab kenapa ramai golongan ini meringkup di dalam penjara sama ada di dalam mahupun luar negara


contoh gambar: pil dan dadah yang mudah di perolehi di pasaran gelap luar dan dalam negara. Namun pada masa kini, sudah menjadi 'trend' ramai golongan tidak kira umur mahu pun jantina di tipu dan di jadikan keldai dadah untuk menyeludup dadah ke luar negara. Taktik yang di gunakan ialah memberi ayat-ayat cinta melalui laman sosial atau menjanjikan pakej pelancogan ke luar negara. Dengan ini mampu menarik minat dan di jadikan mangsa sindiket dan akhirnya tertangkap di negara orang. Jika di sabitkan kesalahan dan terbukti bersalah nescaya,  tali gantung tempat terakhir hayat seseorang penjenayah

contoh gambar tali gantung

Selain itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kebanyakan penyalahguna dadah terdiri daripada golongan muda, penyalahgunaan dadah juga dilihat mampu memusnahkan harapan sesebuah negara untuk melihat negaranya dipimpin oleh golongan muda yang akan meningkat dewasa suatu hari nanti. Ekonomi negara juga akan terjejas akibat penggunaan wang yang banyak dalam usaha membanteras kegiatan dadah ini.



Sudah tentu kita tidak mahu lebih ramai golongan seperti ini lahir dan semestinya kita tidak mahu golongan ini yang memimpin negara suatu hari nanti. Oleh itu ibu bapa harus memikul tanggungjawab ini dengan memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak di luar rumah, agar tiada sesuatu yang buruk berlaku. Namun begitu, peranan kerajaan sangat didambarkan untuk menangani masalah yang semakin meruncing ini sekali gus mengurangkan statistik yang dilihat saban tahun semakin giat meningkat.

Oleh itu, sama-sama lah kita bersepakat menjauhkan diri dari dadah kerana dadah mampu membawa maut.